Dari Syeikh Abdul Qadir
Jailan
ZIKIR
Allah Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan
kepada para pencari supaya mengingati-Nya: “Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin
kamu. (Surah Baqaraah, ayat 198).
Ini bermakna Pencipta kamu telah membawa
kamu ke peringkat kesedaran dan keyakinan yang tertentu dan kamu hanya boleh
mengingati-Nya menurut kadar keupayaan tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Ucapan zikir yang paling baik
adalah yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa, itulah kalimah “La ilaha illa
Llah”.
Terdapat berbagai-bagai peringkat zikir dan
masing-masing ada cara yang berlainan. Ada
yang diucap dengan lidah secara kuat dan ada pula yang diucapkan secara senyap,
dari lubuk hati. Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan
zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi. Kemudian peringkat demi peringkat
zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya
pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang
lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling
tersembunyi daripada yang tersembunyi. Sejauh mana zikir masuk ke dalam,
peringkat yang dicapainya, bergantung kepada sejauh mana Allah dengan
kemurahan-Nya membimbing seseorang.
Zikir yang diucapkan dengan perkataan
menjadi kenyataan bahawa hati tidak lupa kepada Allah. Zikir secara senyap di
dalam hati adalah pergerakan perasaan. Zikir hati adalah dengan cara merasakan
di dalam hati tentang kenyataan tentang keperkasaan dan keelokan Allah. Zikir
adalah melalui pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan dan
keelokan Allah. Zikir pada tahap rahsia ialah melalui keghairahan (zauk) yang
diterima daripada pemerhatian rahsia suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi
membawa seseorang kepada: “Di
tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar,
ayat 55).
Zikir peringkat terakhir yang dipanggil
khafi al-khafi – yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi – membawa
seseorang kepada suasana fana diri sendiri dan penyatuan dengana yang hak.
Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali Allah yang mengetahui keadaan orang
yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua pengetahuan, kesudahan
kepada semua dan segala perkara.“Dia
mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”(Surah Ta Ha, ayat 7).
Bila seseorang telah melepasi tahap
zikir-zikir tersebut suasana jiwa yang berlainan seolah-olah roh lain lahir
dalam diri seseorang. Roh ini lebih tulen dan seni daripada roh-roh yang lain.
Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat. Ketika dalam bentuk benih bayi
ini mengajak dan menarik orang lain untuk mencari dan menemui yang hak. Setelah
ia lahir bayi ini menggesa orang lain supaya mendapatkaan Zat Allah Yang Maha
Tinggi. Roh baharu ini yang dinamakan bayi kepada hati dan juga benih serta
keupayaannya tidak terdapat pada semua orang. Ia hanya terdapat pada orang
mukmin yang tulen. “Dia
jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia kirim roh dari
perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki:. (Surah Mukmin, ayat 15).
Roh khusus ini dihantar daripada makam Yang
Maha Perkasa dan diletakkan di dalam alam maya yang nyata di mana sifat-sifat
Pencipta menyata pada penciptaan, tetapi roh ini adalah kepunyaan alam yang hak.
Ia tidak berminat dan tidak memperdulikan apa sahaja melainkan Zat Allah. Nabi
s.a.w bersabda, “Dunia
ini tidak disukai dan tidak dihajati oleh orang yang inginkan akhirat. Akhirat
pula tidak dihajati oleh orang yang inginkan dunia, dan ia tidak akan diberi
kepada mereka. Tetapi bagi roh yang mencari Zat Allah dunia dan akhirat tidak
menarik perhatiannya” . Roh untuk yang hak. Orang yang
memilikinya akan mencari, menemui dan bersama Tuhannya.
Apa saja yang kamu buat di sini zahir
kamu mestilah menurut jalan yang lurus. Ia hanya mungkin dengan mengikuti dan
mematuhi serta memelihara peraturan dan hukum agama. Untuk berbuat demikian
seseorang haruslah menyedari, mengingati Allah malam dan siang, zahir dan
batin, berterusan. Bagi mereka yang menyaksikan yang hak mengingati Allah
adalah wajib sebagaimana perintah-Nya: “Maka
hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil
(berbaring) atas rusuk-rusuk kamu” . (Surah Nisaa', ayat 103).
“Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil
duduk dan sambil berbaring dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan
bumi (sambil berkata), ‘Wahai Tuhan kami, Engkau tidak jadikan (semua) ini
dengan sia-sia. Maha Suci Engkau'” . (Surah Imraan, ayat 191).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar